Senyum-senyum selalu..

Friday, April 5, 2013

4th Months PJJ - Alhamdulillah # 25 hari lagi

Assalamualaikum..

Lamanya tak menulis kat blog ni. Nak kata busy..hmmmm..busy sikit la..
Alhamdulillah minggu lepas genap 4 bulan sy jadi isteri kepada suami saya. Dan kami masih lagi pasangan suami isteri jarak jauh. Masih belum ada peluang untuk duduk sama-sama. Minggu lepas kami berbincang macam mana nak selesaikan masalah ni. Yela bukan senang duduk berasingan ni, banyak dugaan terutama kena pandai kawal emosi. Kadang-kadang kita rasa OK je duduk sorang2..macam bujang kan. Tapi kadang-kadang bila emosi tak stabil masa tu mula lah kita rasa sedih, rasa takut, 1001 rasa la. Kita rasa macam need someone yang boleh dengar masalah kita. Especially masalah kat tempat kerja. Memang kita boleh cerita by phone or chatting. Tapi tak sama kan. Sebab itu orang sekeliling saya selalu pesan kat saya banyakkan bersabar. Memang SABAR adalah senjata yang kuat untuk kawal 1001 perasaan tu.

Ok..berbalik pada perbincangan sy dan en.suami. Akhirnya beliau telah membuat satu keputusan setelah mendengar usul-usul sy (mcm2 la sy buat..bodek sikit, buat cerita sedih..)hehehe..

En.Suami: Ok lah bagi sy masa 1 bulan untuk berfikir.
Sy: Serius ke?
En.Suami: Yela. Start dari hari ni (01/04/2013)
Sy: Thanks By!

Itu lah keputusannya...Dan sejak dari itu mula la sy mengitung hari. Hari ni dah 5April so tinggal lagi 25 hari je lagi sebelum keputusan diterima. Harap-harap berita baik lah. Sy tahu bukan senang en.suami nak buat keputusan. Banyak yang die kena fikir. Most important thing mestilah dia fikir pasal FINANCIAL.

Tapi, sy pun dah fikir walau apa pun keputusan dia, sy terima dengan Redha. Sebab kita hanya mampu, TUHAN yang menentukan segalanya kan..Sy bersyukur walaupun duduk berasingan tapi tiap-tiap minggu kami dapat jumpa. Ada lagi pasangan jarak jauh yang dapat jumpa sebulan sekali kan. Sy faham perasaan mereka.

Sy berharap semoga Allah permudahkan jalan untuk kami duduk bersama-sama. Saya doakan untuk semua pasangan jarak jauh macam saya. Semoga kita sama-sama dipermudahkan untuk tinggal bersama dengan suami. In Sha Allah.


 
Sumber: Mr Google


Sekian.. =)





Wednesday, February 27, 2013

Jom Sembang!


Malam ni baru terasa nak menulis..bila balik kerja pun dah lewat maka penyakit M mule la menyerang. Nak bukak lap top pun mlas..minggu ni rasa kejap sangat dah nak hari jumaat kan..Yeay! jumpe en.Suami lagi..hehehe..mcm cakap sorang2 pulak sy rasa..yela dah tak de kawan nak besembang kan..cakap dalam blog ni pun ok juga..

Pagi tadi on the way nak pergi kerja sempat la dengar HOTCHAT Hot FM -  Rakyat Malaysia yang kerja dari 9PG - 5PM hanya memperuntukkan 4 jam untuk kerja sebenar. 4 jam lagi banyak buat benda2 yg tak de kaitan ngan kerja.

Mostly ramai yang tak setuju..sy pun! pada saya bergantung pada kerja yang dibuat. Macam sy kena deal dengan system..kalau system tu buat perangai dia, so mmg 8 jam tak cukup lah. Kalau system tu berperangai baik maka dapatlan balik on time! Kadang2 sebab nak balik awal sanggup tak keluar lunch. Macam tadi la..konon2 nak balik sebelum matahari terbenam. Sanggup la makan biskut je sambil buat kerja. 15 keping biskut abis sebab lapar. Member nak tapaukan pun tak nak sebab nanti ambik masa p pantry nak mkn. At last sama juga, lepas Maghrib baru dapat balik..Itu pun tak siap lagi tu..sambung esok..memang betul la kerja tak akan abis..haaa kalau habis tu la yang jadi kerja 4 jam 4 jam lagi buat benda lain kannn..

Tapi sebenarnya seronok tau kalau kita banyak kerja. Sebab kita tak sedar masa berjalan dengan pantas sangat. Dialog ni selalu sy dengar kat office "Eh dah pukul 12 ke..cepatnyeee..tadi tengok jam baru pukul 10.." haaa kan..sy pun selalu cakap camtu..lagi la kalau bos bagi time kena siapkan kerja..memang gelabah..
 Sebab lagi satu sy suke sebab makin cepat masa berjalan makin cepat la sy nak jumpe en.Suami..hehehe..rindunye kt dia..ape lah die tengah buat sekarang..tak sabar nak ambik dia kat Jalan Duta. Weekend ni en.Suami ajak p Jalan TAR. Konon2 dah lame tak p sane..nak cuci mate katenye..padahal dia tak tahu isteri dia ni dah fikir nak beli macam2..nak beli carpet, baju, haa ape lg..nak tido nanti baru fikir lagi..

Weekend hari tu jalan2 kat Mines je..shoping tak ingat dunia..balik2 kira budget memang terover budget.
Berjimat cermat ok! tu je pesanan dari en.Suami..BAIKLAH..Lagipun beli barang2 keperluan, jadinya tak de la rasa rugi dan menyesal sebab beli macam2. Sebenarnya tak kisah pun kalau tak dapat beli ape2. Janji dapat keluar jaln2 dengan en.Suami. Yela jumpe pun 2 hari je..So sehari jalan2, ahad memang tak keluar sebab en.Suami suka mengemas rumah. Baru la sy tahu die seorang yang suka mengemas. Dari awal lagi dia dah cakap, "sabtu kita keluar, Ahad sy tolong kemas rumah, awak pulak masak sedap2.."

Tapi 2 hari jumpa mesti la x cukup..Tiap kali dia nak balik rasa sayu je hati ni. Tapi tak boleh nangis, nanti en.Suami pun ikut nangis.hehehe..Sy kena bersyukur kan, sbb sekurang-kurangnya suami saya still dekat dengan saya. Macam mana la perasaan seorang isteri yang suaminya dekat Sabah or Sarawak. Jauh kan. Mesti dapat jumpa sebulan sekali je. My bff Ida selalu cakap camtu kat sy. Ida cakap bersyukur apa yang kita dapat. Sebab kita rasa susah sangat tapi sebenarnya ada yang lagi susah. Sebab tu kalau saya rase sedih ke, ade masalah ke, mesti nak share dengan Ida. Mula2 bagi hint dulu kat dia msg die tanya sihat ke tak?dah makan ke?intro la konon nye..tapi Ida mesti dapat tangkap..die mesti cakap Kau ni ada masalah kan?kadang2 hati die kuat. Bila saya ade masalah sy pendam tak nak bagitahu sesiapa. Tapi dia boleh rasa. Ada sekali tu tetiba dia antar msg cakap dia tahu sy tgah ada masalah..haaa kuat betul firasat die..hehehe..yela kalau dah namenye sahabat sejati kan..

kalau dibiarkan melalut memang panjang lagi nak sembang. Tapi dah dekat pukul 11.00, kena tidur ni.
Semoga bertemu lagi esok..SEKIAN~~PUBLISH!















Thursday, February 21, 2013

Jarak bukan menghukum kita

Assalamualaikum..

Terasa macam lambatnya nak hari Jumaat..Rindunya kat en.Suami..sehari je lagi. Sabarla duhai hati.
Kadang-kadang susah juga nak pujuk hati kita untuk bersabar kan. Hari ni hati sy betul2 sayu. Terkenangkan en.Suami yang jauh di sana. Tertanya-tanya sampai bila kami akan duduk berjauhan. Betul kata orang hidup berjauhan sewaktu kita berkawan dan selepas berkahwin berbeza sama sekali.

Sy seorang insan yang sentiasa memerlukan kata-kata semangat supaya sentiasa kuat. Dan seharusnya en.Suami tidak boleh tahu yang sy lemah. Dan akan sy pastikan en.Suami tak terbaca luahan hati ini. Sebab en.Suami dah pesan kite kena sama-sama kuat hadapi dugaan ni. Tapi sy gagal. Sy lemah. T___T
Hari ini di saat sy lemah sy terjumpa ayat ni :

"Jarak ini bukan untuk menghukum mu,
tetapi ia untuk menjaga aku dan diri kamu. "

Hanya doa ku panjatkan kepdaNya supaya kuatkan hati ku dan jadikan sy seorang insan yang TABAH. Ada hikmah yang tersembunyi di sebalik jarak yang memisahkan kami.

Sesungguhnya hanya kepada Allah tempat kita mengadu kerana hanya Allah yang Maha Memahami keadan kita. Alhamdulillah Allah telah berikan ketenangan dalam diriku tatkala sy mengadu kepadaNya.

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar terhadap-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAh beserta dengan orang-orang yang sabar.” – al Baqarah : 152 – 153

Sentiasa lah berdoa kepadaNya wahai sahabat-sahabatku.


Sumber : Mr Google




Tuesday, February 19, 2013

Bila 2 sahabat baik BERTEMU

Assalamualaikum..

Hari ni baru le ade cerita nak story..semalam sebab dah penat sangat balik kerja tak de idea nak cerita kat blog..

Hari ni balik kerja awal atas sebab2 tertentu kat Setiawangsa..dgn ditemani sahabat baik ku IDA LAILA maka selesai la sudah urusan yang perlu diselesaikan.

Then, kami decide nak terus p makan sbb masing2 dah lapar. Biase la kalau bab2 makan kat mana memang sy fail la..so Ida juga la yang kena fikir nak makan kat mane..dia pun start bagi suggestion..first dia suggest kat satu tempat makan..sy ckp x mau..BOIKOT..ok then die suggest lagi nama tempat lain..x nak jugak..BOIKOT lg..last2 kena ceramah free pasal Boikot2 ni dgan IDA..hehehe..dia ni kalau dah start bercakap memang susah lah nak bidas kan..so dgr jela..but mesej yg dia nak sampaikan tu sampai la kat sy ni..

Tapi tak jumpa juga tempat makan..first dari Setiawangsa p singgah kat Medan Selera AU2, tp Ida cakap kedai mcm tutup je sebab tak ade orang..mayb awal lagi kot..Then p kat kedai makan yang dekat roundabout opposite my house tp x de parking pulak, drive lg sampai lalu Jusco AU2 x masuk parking lagi..just stop depan tu fikir nak makan ape..x de idea nak makan ape lagi..drive lg sampai Giant Setiawangsa..dah masuk parking dah ni..tetibe Ida cakap jomla p Jusco Wangsamaju..best sikit..hehe..
OK..lets go!

Nasib baik dah sampai sana die x ubah fikiran lagi..Haaa itu la dia Ida..dia memang suke ubah2 ni..tapi serius sy dah biase dgn die.dah 7 tahun kawan dgn dia..dah biasa dah..at last dinner kat Jusco Wangsamaju..

Biasa lah kalau kami dah jumpa macam sebulan tak jumpa. Habis semua cerita kami share..yela dulu masa duduk sama-sama dah terbiasa semua benda nak cerita. Dulu masa Ida dah kahwin, sy ingatkan dah tak boleh nak share story dah, rupenya still the same. She still my best friend forever and ever.

Disebabkan tadi dah balik awal so malam ni kena tido awal sebab esok kena p kerja awal.
3 hari lagi before en.Suami mai KL..tapi sy kira bernasib baik sebab walaupun berjauhan dengan suami, still boleh jumpa every weekend. Dengar Ida cerita tadi, ada sorang kawan dia husband kat Sabah, so sebulan sekali je diorg jumpe..semoga kawan Ida tu tabah dengan dugaan yang dia terima..tak dapat bayangkan betapa rindunya kawan dia kat husband dia yang jauh tu. Sebab tu orang selalu cakap, kalau kita terima dugaan, jangan sesekali merungut, sebab ade lagi orang lain yang lagi berat dugaannya. Semoga sy jadi insan yang tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. In Sha Allah.


Ni gambar masa wedding kawan sy - Fairuz Nawwar - Selamat Pengantin Baru.





Saturday, February 16, 2013

Wekeend Husband and Wife

Alhamdulillah sedar x sedar dah nak masuk 3 bulan sy bergelar seorang isteri walaupun terpaksa duduk berjauhan dengan en.Suami..pengorbanan la kononnye..=)

Blog ni dah lame bersawang..tp pasni sy nak jd kan blog ni teman pengganti..ala2 diari la kan..tu pun sebab en.Suami yg suruh..tak boleh ingkar kan..semuanye bermula bile sy cakap bila balik kerja tak ada kawan nak berbual, then en.Suami cakap "Why not awak hidupkan balik blog yg dah bersawang tu"..nanti bolehla cakap sorang2..sebab dengan menulis ni kite dapat luahkan ape yang kite rase..ok..thats why im here..


ok..berbalik pada tajuk utama..kami masih lagi bergelar wekeend husband and wife..tak de sape nak beralah dulu ke?haaa..en.Suami di Gerik, sy di KL..5 hari berkerja 2 ari je jumpe..ni la dugaan yang kami terima dengan redha..bukan tak de sape2 yang beralah, cuma tak de rezki lagi..en.Suami tgh tunggu result posting yg kedua..kali ni die pindah je sy nk ikut jugak..

Kata orang jauh di mata dekat di hati..yang penting kena banyak sabar bile dok berjauhan ni..itulah nasihat yang selalu sy terima..kadang2 hilang sabar juga..tapi tak lame, sebab mesti teringat my BFF-Ida cakap camni "Kau jangan nak meroyan pulak ye dok sorang2"..jadinye tiap kali kalau terhilang kesabaran tu, en.Suami akan cakap dah stat dah meroyan die..hehehe..terus tergelak..mcm tu la selalunye..

Tips-Tips untuk pasangan yang berjauhan mcm kami :

1) Kena banyak sabar dan berdoa. setiap kali lepas solat mesti doa semoga Allah permudahkan dapat duduk bersama-sama pasangan. Kadang2 sebak tau sebab berharap sangat dapat duduk dengan en.Suami.

2) Sentiasa berhubung. Sekarang kan dah macam2 cara nak berhubung dengan orang tersayang. mcm kami ni SMS n Call..nak online sebab en.Suami kerja kat tempat tak de line kan..jadinya SMS or call je boleh..nasib baik call free..jadinya asyik call jela..sehari kalo tgk dekat call list ade la almost 10x..ok la tu..janji dapat tau dia ok kat sane..pastu tukar2 cerita..best jugak kan..

3) Sibukkan diri anda. Sebabnye bile kita dok sorang2 termenung ha time tu la rase bosan sangat..time tu asyik teringat kat dia je la..semua benda tak jadi nanti..sebab tu sibukkan diri ye..

4) Saling percaya-mempercayai. Haaaa, yang ni penting jugak ni..kalau tak memang bahaya la..boleh gaduh tau..tak boleh tuduh bukan2..kite kena percaya kat pasangan kite, walaupun kite tak tau ape yg die buat kat sane..Fikir yg positif je tau..jgn fikir yang negative..

ok lah..cukup sampai sini dulu ye..nanti kalau ade lg sy tambah ye..

Wekeend ni en.Suami tak datang KL..sebab kan baru je cuti lame hari tu..kos jugak kalau datang..minggu depan je la kite jumpe ye en.Suami.. =)


ok la..jumpe lagi nanti..
daaaaa...